Ihya Ulumuddin Kitab Menyucikan Jiwa

Nublitar.or.id – Ihya Ulumuddin atau Al-Ihya merupakan kitab yang membahas tentang kaidah dan prinsip dalam menyucikan jiwa (Tazkiyatun Nafs) yang membahas perihal penyakit hati, pengobatannya, dan mendidik hati. Kitab ini merupakan karya yang paling terkenal dari Imam Al-Ghazali.
Pengajian kitab Ihya Ulumuddin ini disampaikan oleh KH. Ardani Ahmad diikuti oleh warga nahdliyin dan muslimat NU kota Blitar (Ahad, 14 April 2019)
Kitab Ihya Ulumudin (احياء علوم الدين ) memiliki tema utama tentang kaidah dan prinsip dalam penyucian jiwa yakni menyeru kepada kebersihan jiwa dalam beragama, sifat takwa, konsep zuhud, rasa cinta yang hakiki, merawat hati serta jiwa dan sentiasa menanamkan sifat ikhlas di dalam beragama. Kandungan lain dari kitab ini berkenaan tentang wajibnya menuntut ilmu, keutamaan ilmu, bahaya tanpa ilmu, persoalan-persoalan dasar dalam ibadah seperti penjagaan thaharah dan salat, adab-adab terhadap al-Qur’an, dzikir dan doa, penerapan adab akhlak seorang muslim di dalam pelbagai aspek kehidupan, hakikat persaudaraan (ukhuwah), obat hati, ketenangan jiwa, bimbingan memperbaiki akhlak, bagaimana mengendalikan syahwat, bahaya lisan, mencegah sifat dengki dan emosi, zuhud, mendidik rasa bersyukur dan sabar, menjauhi sifat sombong, ajakkan sentiasa bertaubat, pentingnya kedudukan tauhid, pentingnya niat dan kejujuran, konsep mendekatkan diri kepada Allah (muraqabah), tafakur, mengingati mati dan rahmat Allah, dan mencintai Rasulullah S.A.W.
Pengajian Ahad Wage ini merupakan agenda rutin Muslimat NU Kota Blitar yang diselenggarakan tiap bulan, bertempat di Masjid Agung Kota Blitar . Semoga selalu istiqomah dan membawa keberkahan. Amiin.
Ibu ibu Muslimat NU Kota Blitar menyelenggarakan sema’an Al-Qur’an dan kitab Ihya Ulumuddin (Ahad, 14 April 2019)
Baca juga Konsep Hati dalam Kitab Ihya Ulumuddin
Sebagaimana yang diketahui bahawa kitab Ihya ‘Ulumiddin mempunyai pengaruh yang sangat besar dalam kehidupan umat Islam, khususnya dalam bidang kerohanian Islam yang dikenali dengan istilah tasawuf. Melalui usaha beliau yang murni, ramai mulai sedar bahawa aspek sufistik juga mempunyai peranan yang besar dalam mengharmonikan kehidupan dan memberikan keseimbangan antara keperluan dunia dan akhirat.
Kendati sudah banyak ringkasan kitab Ihya ‘Ulumiddin yang telah disusun oleh para ulama, ringkasan Ihya Ulumuddin yang disebutkan dalam catatan ini memiliki keistimewaan kerana proses penyusunannya dilakukan sendiri oleh Imam al-Ghazali, dengan memelihara dan mengekalkan intisari serta tujuan kitab asalnya. Sebagaimana yang disebutkan oleh Imam al-Ghazali dalam kata pengantarnya, “Saya telah meringkaskan kitab ini disebabkan sulitnya membawa buku Ihya’ dalam perjalanan”.
Download juga Ihya Ulumuddin by Al Ghazali Lengkap
Reporter : Azimah
Editor : Abd Umar

No comments yet.

Leave a comment

Your email address will not be published.